Oleh: Ann Wan Seng dalam ruangan Jejak Usahawan
Petikan daripada Majalah Anis
keluaran Julai 2014.
Bagi sesiapa yang ingin
memulakan bisnes, mereka perlu mempunyai 3S dan mengaplikasikan formula itu dalam
usaha mereka. Aplikasi 3S itu ialah sikap, solidarity dan sosialisasi.
1.Sikap
Seseorang peniaga dan usahawan
perlu bersikap positif dan konstruktif. Peniaga tidak boleh bersikap pentingkan
diri sendiri dan tamak. Mereka perlu mengamalkan konsep menang-menang dalam
setiap tindakan dan keputusannya. Persaingan adalah perkara biasa dan perlu
digalakkan dalam bisnes. Persaingan dapat mengeluarkan segala potensi dan energy
yang terdapat dalam diri. Hanya dengan persaingan kita akan dapat bergerak maju
ke hadapan dengan lebih pantas dan tangkas. Ini dapat dilakukan dengan membantu
peniaga lain bukannya dengan menutup peluang dan ruang orang lain. Dalam
bisnes, tidak seharusnya timbul perasaan iri dan hasad dengki. Amalkan sikap
perkongsian dan saling bantu di antara satu sama lain.
2.Solidariti
Solidariti boleh wujud dalam
pelbagai bentuk dan situasi seperti perkongsian dalam bisnes, persahabatan,
hubungan kekeluargaan, mempunyai matlamat yang sama, ikatan anggota dalam
persatuan, hubungan di atara peniaga dengan pelanggan dan kerjasama dengan
pelbagai pihak sama ada swasta ataupun kerajaan. Tidak ada seorang pun peniaga
yang dapat menjalankan bisnesnya seorang diri. Mereka perlu bergantung kepada orang
lain. Begitu juga dengan pertolongan, sokongan dan dukungan daripada pelbagai
pihak diperlukan untuk menggerakkan sesuatu bisnes. Kerjasama merupakan asas
dan elemen yang amat penting dalam bisnes.
3.Sosialisasi
Peniaga tidak boleh menjadi
seperti kera sumbang. Mereka perlu melibatkan diri secara aktif dalam kehidupan
sosial. Bisnes mempunyai kaitan dengan kehidupan sosial manusia. Sebagai
makhluk sosial, peniaga perlu mempunyai rangkaian bisnes yang kuat dengan
peniaga lain, pelanggan dan pekerjanya.
********************************************************************
Akademi Bekerja Di Rumah
merupakan kumpulan sokongan untuk suri bekerjaya yang mula merancang menjadi
WAHM dan suri rumah yang mahu mula ada pendapatan sendiri.
Kami sediakan produk dropship
untuk suri bermula, belajar menggunakan blog dan fb untuk mula menghasilkan
pendapatan. Bagi yang sudah ada produk, mula belajar menggunakan blog sebagai
medium pemasaran.
Bagaimana mahu bersama keluarga
ABDR, boleh hubungi saya ya bila anda sudah bersedia.
E-mel: cikzarinazainal@gmail.com
FB: Zarina Zainal Abidin
SMS/WhatsApp:019-3875070
No comments:
Post a Comment