Monday 30 June 2014

Sertai kami di ABDR

Bulan Ramadan ni jadualnya agak padat sedikit dan kena pandai bahagikan masa namun pendaftaran masih rancak berjalan. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Kalau sudah ada produk jualan, boleh terus masuk kelas mula bisnes atau pilih mana-mana yang berkenan di hati:
1. ♡Kelas asas blog dan penulisan
2. ♡kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
3. ♡kelas belajar iklan mudah.my
4. ♡Kelas penulisan kreatif-daftar
5.♡Kelas urus akaun bisnes kecil/ wahm, sahm, soho
6. ♡Pendaftaran rakan niaga/pengurus online akademi
7. ♡Tempahan blog bisnes/ blog penulisan

Kalau tiada produk jualan, kami di ABDR boleh sediakan produk. Pendaftaran dibuka untuk:
>>telekung solat
>>makanan sunnah
>>produk ramadan/raya


Bermula dengan Dropship bagi yang mahu mula dengan bisnes. Tidak perlu risau dengan lambakan stok

SMS/WhatsApp: 019-3875070 (Zarina)

Saturday 28 June 2014

Marhaban Ya Ramadan


Bertarawih kita malam nanti. Insya-Allah.  Di mana masjid pilihan anda? Saya di sini sahaja. Masjid Ubudiah Bukit Chandan. Kebiasaannya di awal Ramadan memang penuh. Kalau datang 10 minit sebelum isyak pun memang dah tiada harapan nak masuk dalam. Terpaksa memenuhi ruang di luar sambil mengambil angin malam. Tahun ini imam import dari sekolah tahfiz Bukit Mertajam dah datang pun semalam. Biasanya dari Thailand.

Seperti tahun-tahun sebelum ini juga, selain bertadarus, setiap pagi ada ceramah untuk Muslimah dari jam 8.30-9.30 pagi. Dijemput datang bagi yang berkesempatan.
  
 ************************************************************************
Kelas Asas Blog & Borong/Runcit Telekung Solat.

Kami menawarkan kelas ini  secara online. Kita akan bermula dengan belajar membina blog di samping boleh terus promosikan produk telekung. 

Antara kelas online lain yang boleh diikuti. Boleh pilih ikut keperluan dan minat:
>> makanan sunnah
>> produk ramadan/raya
>>produk digital

Semuanya semudah ABC. Rahsia utama rajin-fokus-komited


Sekitar gambar anak yatim dan miskin (Ramadan tahun lepas) gembira menerima sumbangan telekung solat.


Pembelian telekung solat secara borong dan tunai. Boleh hubungi saya:
E-mel : cikzarinazainal@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-3875070

Thursday 26 June 2014

Usaha, azam dan tekad. Jangan sentiasa beralasan!


Kelas online, maknanya memerlukan internet. Rata-rata sekarang ramai yang mempunyai gajet pintar untuk berhubung secara atas talian (online). Kos lebih murah. Adakah perlu pakej internet yang hebat tanpa had untuk bermula? Tidak perlu. Hanya pakej termurah juga mampu. Ia sebenarnya terletak kepada diri sendiri.

Saya sendiri pernah berada dalam situasi, internet yang sekejap ada sekejap tak ada. Lebih-lebih lagi bila keluar status ‘Please check your internet’. Mulalah malas nak buat kerja. Internet pula yang disalahkan.

Saya juga pernah berada dalam situasi internet tiada had. Memang lajulah. Lain pula yang dibuatnya, tengok Youtube, tonton, baca gosip, sembang dengan rakan. Ya matlamat sudah lupa. Hanya pandai beralasan tapi diri sendiri sebenarnya harus ditanam azam untuk sentiasa fokus. Kalau internet slow cari cara lain, biasanya pagi-pagi kan, laju. Ya ketepikan perkara lain dan kejar masa emas itu. Rahsia utama, rajin dan fokus.

Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah dan pilih kelas online yang menjadi pilihan hati anda. Semua kelas fleksibel. Tiada tekanan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru online.

Pilih sahaja mana-mana kelas berikut:

  1. Kelas asas blog dan penulisan.
  2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
  3. Kelas belajar iklan mudah.my
  4. Kelas penulisan kreatif
  5. Kelas urus akaun bisnes kecil/wahm, sahm, soho
  6. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online akademi
  7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan.


Hubungi saya:
FB: Zarina Zainal Abidin
SMS/Whatsapp: 019-3875070


Wednesday 25 June 2014

Bersolat di surau Osaka

 Saya berkesempatan pergi ke Jepun pada penghujung Februari yang lalu. Apabila kita melancong ke negara bukan Islam, makanan memang pastinya susah. Tapi itu tidak menjadi hal, kita pun sudah dilatih berpuasa, bukanlah perkara yang sukar bila tak dapat makan makanan yang sedap mengikut masa. Menarik sekali melihat keadaan negara yang bukan majoriti orang Islam tetapi tingkah lakunya menepati ciri Muslim sebenar. Negara bersih, orangnya jujur dan berdedikasi dalam kerja memang menarik minat kita yang melihatnya.  Inilah yang saya dapati daripada pemerhatian  5 hari di sana.

Sampai nya saya di lapangan terbang Kansai, Osaka. Saya mencari tempat untuk bersolat. Baiknya teknologi kerana kita boleh ‘bertanya’ kepada Google ada atau tidak tempat untuk solat di tempat yang kita kunjungi. Maklumat lengkap akan diperoleh dengan pantas.

Pray room ini dikunci tapi ada telefon di sebelahnya untuk kita memberitahu berapa lama kita akan menggunakan bilik ini. Memang sukar pada mulanya kerana operator menjawab bahasa Jepun, dua tiga kali mendail, jawapan masih sama walaupun kita berbahasa Inggeris. Akhirnya minta bantuan polis yang ada di situ. Walaupun dia tidak fasih berbahasa Inggeris  tapi tetap membantu.

Apabila pintu dibuka, Wah! Lengkap suraunya siap ada telekung, sejadah, kitab dan kopiah untuk kegunaan orang ramai. Cuma tiada arah kiblat dan tempat wuduk. Tidak sempat membelek kemudahan yang disediakan kerana sudah memberitahu operator akan menggunakan bilik ini selama 15 minit. Risau juga bila terkunci sendiri nanti. Paranoid. 

Tips perjalanan: Bawa kompas untuk kemudahan solat di mana-mana sahaja.
Buat rujukan di internet dengan bertanyakan soalan sama ada disediakan bilik untuk solat. Biasanya jawapan akan diperoleh melalui ruang Q & A






Pray room ini dikunci tapi ada telefon di sebelahnya untuk kita memberitahu berapa lama kita akan menggunakan bilik ini. Memang sukar pada mulanya kerana operator menjawab bahasa Jepun, dua tiga kali mendail, jawapan masih sama walaupun kita berbahasa Inggeris. Akhirnya minta bantuan polis yang ada di situ. Walaupun dia tidak fasih berbahasa Inggeris  tapi tetap membantu.


Apabila pintu dibuka, Wah! Lengkap suraunya siap ada telekung, sejadah, kitab dan kopiah untuk kegunaan orang ramai. Cuma tiada arah kiblat dan tempat wuduk. Tidak sempat membelek kemudahan yang disediakan kerana sudah memberitahu operator akan menggunakan bilik ini selama 15 minit. Risau juga bila terkunci sendiri nanti. Paranoid. 

Tips perjalanan: 
Bawa kompas untuk kemudahan solat di mana-mana sahaja.

Buat rujukan di internet dengan bertanyakan soalan sama ada disediakan bilik untuk solat. Biasanya jawapan akan diperoleh melalui ruang Q & A

 ******************************

Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah dan sertai kelas online borong/runcit telekung solat.

Boleh juga dapatkan telekung solat untuk diri sendiri, berjualan dan hadiahkan kepada orang yang istimewa. Pelbagai telekung solat untuk pilihan anda. 

Hubungi saya: 
E-mel: cikzarinazainal@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-3875070
FB: Zarina Zainal Abidin


















Thursday 19 June 2014

Telekung Sulam

Telekung sulam gold RM100 termasuk pos.



Juga terdapat sulam putih untuk anda membuat pilihan

Hubungi saya:
E-mel: cikzarinazainal@gmail.com
fb:Zarina Zainal Abidin
SMS/whatsapp :019-3875070

Ulasan Kelas Borong Telekung Solat

Ingat tak masa di sekolah dulu-dulu popular dengan adik angkat kakak angkat. Konon-konon kakak angkat tu tolong adik angkat dalam pelajaran atau bagi motivasi. Hmm adik sendiri pun tak terjaga. Lepas tu ada pula program mentor mantee dalam pelajaran, apa-apa boleh rujuk mentor. Dalam dunia online sekarang, belajar lebih mudah, masa lebih fleksible. Guru pun bukan perlu ada dalam satu kawasan kadangkala, satu di utara satu di Sabah sana nun tapi pelajaran masih boleh diteruskan. Cuma bergantung kepada diri sendiri sama ada hendak maju atau tidak.

Mengenali Akademi Bekerja Di Rumah di dalam FB oleh pengurus online Azuriyah Mohamad dan tertarik untuk mencuba satu kelas yang disediakan. Antaranya yang dipelajari ialah buat blog dan fanpage. Saya memang dah lama ada blog itupun kawan yang tolong buat tapi tak pernah berubah langsung blognya dari segi layout dan macam-macam lagi sedangkan tengok orang lain siap bling-bling dan ada lagu lagi. Sebenarnya takut nak mencuba sebab pernah cuba-cuba tetapi macam-macam yang 'lari'. Sudahnya terpaksa suruh kawan tolong perbetulkan semula.

Blog bisnes mesti berbeza daripada blog personal yang kadang-kadang boleh tersasar kepada syok sendiri. Dengan adanya guru sebagai rujukan, blog akan ada hala tujunya. Seperti kata bijak pandai, 'memberi pancing lebih baik daripada memberi ikannya. Terima kasih kepada guru online saya Puan Normi Yusof. Walaupun baru lepas bersalin dan dalam kesibukan untuk menguruskan rumah tangga tapi masih tetap mengajar dan menjawab soalan-soalan daripada saya.

Masalah hangat-hangat tahi ayam memang selalu datang dalam diri, lebih-lebih lagi bila sendiri jadi bos dan kuli. Dengan adanya komuniti Akademi Bekerja Dari Rumah ini sekurang-kurangnya boleh saling mengingati dan merujuk sesama sendiri.

Saya baru bertatih dalam akademi ini. Blog dan fan page pun belum sempurna lagi namun terima kasih di atas sokongan yang diberi. Masih di dalam proses pembelajaran.

Sertai kami di kelas online telekung solat.

Hanya terhad 30 pendaftaran sahaja!
Kita fokuskan pada jualan borong Telekung Solat sahaja.
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telekung Solat Kanak-Kanak.
Apa yang kalian bakal dapat? InsyaAllah,
Ilmu membina blog & fanpage niaga
Blog yang menepati minat pembeli
Bersama dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online Akademi Bekerja Di Rumah - yang berpengalaman dalam bisnes online.
Produk telekung pelbagai jenis yang sedia ada stoknya.

E-mel saya di cikzarinazainal@gmail.com bila anda sudah bersedia.




Monday 16 June 2014

E iqra





Hubungi saya:
E-mel: cikzarinazainal@gmail.com
FB: Zarina Zainal Abidin
SMS/Whatsapp: 019-3875070

Saturday 14 June 2014

Ensiklopedia Solat RM100 + RM20 pos


Setiap pelajaran harus berguru namun tambah ilmu dengan buku rujukan. Ibarat guru yang berada di samping kita sepanjang masa.

Hubungi saya:
E-mel: cikzarinazainal@gmail.com
FB: Zarina Zainal Abidin
SMS/Whatsapp: 019-3875070

Tuesday 10 June 2014

Borong Telekung Solat Pelbagai Jenis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kami membekal dan menjual Telekung Solat seperti berikut:


1. Telekung solat Indonesia


2. Telekung solat Vietnam


3. Telekung solat Kerawang


4. Telekung solat Sulam Ayak

5. Telekung solat Bunga Dua Lapis
6. Telekung solat Barbie Kanak-Kanak
7. Telekung solat Strawberry Kanak-Kanak


SMS/WHATSAPP : 0193875070 atau EMEL :cikzarinazainal@gmail.com
 untuk dapatkan sebutharga borong.



Contoh Telekung Solat Anak-anak Barbie


Contoh Telekung Solat Strawberi
                     
 Contoh Telekung Solat SulamVietnam


Contoh Telekung Solat Sulam Indonesia


Contoh Telekung Solat Sulam Ayak