Friday 23 May 2014

Salam Ukhuwah

Minat melancong di dalam dan di luar negeri sudah sebati di dalam diri. Menarik sekali apabila dapat mempelajari sesuatu di setiap tempat yang dilawati. Sudah pastinya perlu melihat dengan mata hati dan bukannya biarkan ia berlalu pergi.  Agenda melawat masjid sudah pasti ada di dalam diari perjalanan memandangkan tuntutan agama harus dipenuhi. Walaupun telekung sudah tersedia di masjid tapi lebih selesa dengan telekung sendiri.

Pengalaman ketika melawat ke Bursa, Turki. Saya dan rakan solat Zuhur  di celah-celah rakyat tempatan yang memenuhi Masjid Ulucami. Usai solat, mereka saling memandang rombongan dari Malaysia ini.  Terasa janggal, namun setelah meneliti diri barulah nampak perbezaannya. Hanya kami sahaja yang memakai telekung. Kami hanya melemparkan senyuman tanda ukhuwah. Istimewa juga rasanya apabila telekung menjadi pembuka bicara.

Pelbagai jenis telekung kini berada di pasaran. Bukan hanya satu atau dua harus disimpan, malah harus dibuat stok untuk meminjamkan kepada tetamu yang datang bertandang. Jom intai-intai sambil memilih telekung yang memikat hati di Dhuha Borong Telekung Solat.