Saturday, 5 July 2014

Talqin Di Birai Katil


Semalam tertengok telefilem di TV1, cerita RTM  ni biasanya tengok tajuk dulu, pelakon dan tengok 15 minit yang pertama barulah buat keputusan nak tengok ke tidak. Kalau di tv swasta tu biasanya memang yakin sedap.

Lakonan Syafie Naswip dan Zahiril Adzim yang memang dikenali dengan lakonan mantap. Kenal Syafie sejak Muhsin dan layak jadi hero dah, rupa pun ada. Semoga kekalkan disiplin dan tiada gosip murahan.
Menceritakan Zahiril seorang yang warak dan rajin solat menyewa di rumah Syafie (Naufal). Naufal tidak solat tetapi Zahiril tidak jemu-jemu mengajak. Seorang pendakwah tidak pernah putus asa dan dia akan membaca talqin di birai katil Naufal setiap pagi untuk menggerakkan Naufal supaya solat subuh berjemaah.  Ya, kenapa talqin? Kalau mengikut kata-kata ustaz dalam pengajian saya, ‘ubat’ untuk melembutkan hati anak-anak yang keras hatinya, bawa dia ke kubur dan mendengar talqin. Talqin boleh menginsafkan, sebenarnya pun talqin dibaca itu bukan untuk orang yang mati pun, tetapi untuk orang yang masih hidup supaya bersiap sedia. 

Naufal pula ditunjukkan ada sisi baik dan sisi jahatnya yang akan ‘memandu’ dia dalam membuat keputusan tetapi dia lebih mengikut kata hati jahat dan memang tidak terkesan dengan talqin yang dibaca.
Sebenarnya sisi baik dan sisi jahat yang ditunjukkan itu ialah qarin dan malaikat. Untuk bacaan lanjut boleh rujuk di sini. Nak terangkannya tak berapa pandai. Setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah matinya anak Adam, kita mempunyai satu jin kafir yang menjadi peneman kita ke mana sahaja kita pergi. Qarin ini akan mengajak kita melakukan kejahatan dan menahan daripada melakukan ketaatan kepada Allah.

Qarin dijadikan Allah sebagai pendamping setiap manusia. Oleh yang demikian maka Allah mengutuskan pula malaikat yang mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan. Maka manusialah yang membuat pilihan untuk mengikut arah yang mana. 

Qarin akan membisik-bisik was-was, melalaikan solat, berasa berat hendak membaca al-Quran dan terasa manis tatkala melakukan maksiat. Amalan zikir menjadi pendinding manusia daripada gangguan syaitan. Caranya dengan membaca Bismillah dalam melakukan sebarang pekerjaan. Banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melakukan perintah Allah.

Berbalik kepada cerita tadi, ada satu bahagian di mana Naufal meracau kerana berada dalam dilema untuk mengikut perkara yang baik atau buruk. Ustaz menenangkan dengan menyuruhnya mengikut kata hati. Ketika ini teringat saya bacaan dari buku Hadis 40 Terjemahan dan Syarahannya, Mustafa Abd Rahman, Dewan Pustaka Fajar, 1989.

Wailah bin al-Asqa berkata kepada Rasulullah: “Berilah kepadaku satu fatwa tentang suatu perkara sehingga aku tidak lagi akan bertanya kepada seorang sesudah engkau” maka Rasulullah pun berkata kepadanya:”Mintalah fatwa diri engkau sendiri” kataku: “Bagaimanakah yang demikian?” Rasulullullah menjawab: “Engkau tinggal apa yang meragukan engkau kepada apa yang  tiada meragukan engkau, sekali pun telah berfatwa kepada engkau oleh sekalian orang yang berfatwa”. Kataku lagi: “Bagaimanakah yang demikian?” Jawabnya: “Letakkanlah tangan engkau ke atas hati engkau (bagaimanakah keadaan perasaannya)”. Kerana hati akan tenang kepada perkara yang halal dan tiada tenang kepada perkara yang haram. 

Ikutkan pepatah Melayu, ikut hati mati tetapi bila di dalam dilema, ikutlah fatwa hati.

Cerita ini agak klise bila dimatikan watak orang yang baik dengan terlibat dalam kemalangan namun ia penyudah yang baik sebenarnya. Produser sekarang ni banyak mencanangkan buat cerita gengster dan diselitkan unsur seks dengan tujuan untuk memberi pengajaran..arggh tak payahlah, cerita sebegitu langsung tidak menyentuh perasaan tetapi cerita Talqin Di Birai Katil ini berjaya memberi kesan di hati walaupun setelah cerita ini tamat. 

**************************************************************

Solat itu tiang agama. Malah terdapat kajian yang menyatakan tidak solat menyebabkan ramai yang bercerai. Tingkatkan solat dari masa ke masa.

Ensiklopedia solat untuk bacaan di waktu senggang|



Hubungi saya di cikzarinazainal@gmail.com
SMS/WhatsApp:019-3875070

Thursday, 3 July 2014

Mulakan Bisnes Dengan 3S


Oleh: Ann Wan Seng dalam ruangan Jejak Usahawan
 
Petikan daripada Majalah Anis keluaran Julai 2014.

Bagi sesiapa yang ingin memulakan bisnes, mereka perlu mempunyai 3S dan mengaplikasikan formula itu dalam usaha mereka. Aplikasi 3S itu ialah sikap, solidarity dan sosialisasi.

1.Sikap
Seseorang peniaga dan usahawan perlu bersikap positif dan konstruktif. Peniaga tidak boleh bersikap pentingkan diri sendiri dan tamak. Mereka perlu mengamalkan konsep menang-menang dalam setiap tindakan dan keputusannya. Persaingan adalah perkara biasa dan perlu digalakkan dalam bisnes. Persaingan dapat mengeluarkan segala potensi dan energy yang terdapat dalam diri. Hanya dengan persaingan kita akan dapat bergerak maju ke hadapan dengan lebih pantas dan tangkas. Ini dapat dilakukan dengan membantu peniaga lain bukannya dengan menutup peluang dan ruang orang lain. Dalam bisnes, tidak seharusnya timbul perasaan iri dan hasad dengki. Amalkan sikap perkongsian dan saling bantu di antara satu sama lain.

2.Solidariti
Solidariti boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan situasi seperti perkongsian dalam bisnes, persahabatan, hubungan kekeluargaan, mempunyai matlamat yang sama, ikatan anggota dalam persatuan, hubungan di atara peniaga dengan pelanggan dan kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada swasta ataupun kerajaan. Tidak ada seorang pun peniaga yang dapat menjalankan bisnesnya seorang diri. Mereka perlu bergantung kepada orang lain. Begitu juga dengan pertolongan, sokongan dan dukungan daripada pelbagai pihak diperlukan untuk menggerakkan sesuatu bisnes. Kerjasama merupakan asas dan elemen yang amat penting dalam bisnes. 

3.Sosialisasi
Peniaga tidak boleh menjadi seperti kera sumbang. Mereka perlu melibatkan diri secara aktif dalam kehidupan sosial. Bisnes mempunyai kaitan dengan kehidupan sosial manusia. Sebagai makhluk sosial, peniaga perlu mempunyai rangkaian bisnes yang kuat dengan peniaga lain, pelanggan dan pekerjanya.

********************************************************************
Akademi Bekerja Di Rumah merupakan kumpulan sokongan untuk suri bekerjaya yang mula merancang menjadi WAHM dan suri rumah yang mahu mula ada pendapatan sendiri.

Kami sediakan produk dropship untuk suri bermula, belajar menggunakan blog dan fb untuk mula menghasilkan pendapatan. Bagi yang sudah ada produk, mula belajar menggunakan blog sebagai medium pemasaran. 

Bagaimana mahu bersama keluarga ABDR, boleh hubungi saya ya bila anda sudah bersedia.
FB: Zarina Zainal Abidin
SMS/WhatsApp:019-3875070

Tuesday, 1 July 2014

Hikmah solat berjemaah dari segi saintifik


Setiap kali Ramadan akan adanya artikel yang menyiarkan tentang kebaikan solat berjemaah memandangkan pada masa inilah ramai yang mengambil peluang untuk bertarawih di masjid. Saya mengingati daripada pembacaan saya sebelum ini, badan manusia seperti bateri. Ketika kita bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.


Sebelum solat, ada yang berasa penat dan ada yang tidak. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif. Ini akan menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan yang lebih bertenaga dan tenang. Itulah kebaikannya merapatkan saf. Jika pada masa dahulu, bila renggang kita biasa diingatkan nanti syaitan duduk di antara kita dan itu yang menyebabkan kita menjadi tidak khusyuk. Rupa-rupanya ada kebaikan dari segi saintifiknya bila bahu bersentuhan.

Saya juga secara tidak sengaja menjumpai satu kebaikan merapatkan saf. Sebelum ini, saya sering mengelak untuk solat di bawah kipas yang berpusing ligat kerana telekung akan menggerbang dan kadang kala mengganggu tumpuan solat.  Sebenarnya bila kita rapatkan saf, ya telekung itu tak akan ‘terbang’ hehehe.  Walaupun perkara itu kecil, tetapi memberi kesan kepada kita.

**********************
Ikuti kelas online telekung solat. Kita akan bermula dengan belajar membina blog di samping boleh terus promosikan produk telekung. Antaranya:
Telekung Vietnam
Telekung Indonesia
Telekung Cotton Renda
Telekung Barbie
Telekung Strawberry
Telekung Sulam

Pembelian telekung secara borong dan runcit juga  boleh terus hubungi saya.
FB: Zarina Zainal Abidin
SMS/WhatsApp: 019-3875070