Wednesday, 25 June 2014

Bersolat di surau Osaka

 Saya berkesempatan pergi ke Jepun pada penghujung Februari yang lalu. Apabila kita melancong ke negara bukan Islam, makanan memang pastinya susah. Tapi itu tidak menjadi hal, kita pun sudah dilatih berpuasa, bukanlah perkara yang sukar bila tak dapat makan makanan yang sedap mengikut masa. Menarik sekali melihat keadaan negara yang bukan majoriti orang Islam tetapi tingkah lakunya menepati ciri Muslim sebenar. Negara bersih, orangnya jujur dan berdedikasi dalam kerja memang menarik minat kita yang melihatnya.  Inilah yang saya dapati daripada pemerhatian  5 hari di sana.

Sampai nya saya di lapangan terbang Kansai, Osaka. Saya mencari tempat untuk bersolat. Baiknya teknologi kerana kita boleh ‘bertanya’ kepada Google ada atau tidak tempat untuk solat di tempat yang kita kunjungi. Maklumat lengkap akan diperoleh dengan pantas.

Pray room ini dikunci tapi ada telefon di sebelahnya untuk kita memberitahu berapa lama kita akan menggunakan bilik ini. Memang sukar pada mulanya kerana operator menjawab bahasa Jepun, dua tiga kali mendail, jawapan masih sama walaupun kita berbahasa Inggeris. Akhirnya minta bantuan polis yang ada di situ. Walaupun dia tidak fasih berbahasa Inggeris  tapi tetap membantu.

Apabila pintu dibuka, Wah! Lengkap suraunya siap ada telekung, sejadah, kitab dan kopiah untuk kegunaan orang ramai. Cuma tiada arah kiblat dan tempat wuduk. Tidak sempat membelek kemudahan yang disediakan kerana sudah memberitahu operator akan menggunakan bilik ini selama 15 minit. Risau juga bila terkunci sendiri nanti. Paranoid. 

Tips perjalanan: Bawa kompas untuk kemudahan solat di mana-mana sahaja.
Buat rujukan di internet dengan bertanyakan soalan sama ada disediakan bilik untuk solat. Biasanya jawapan akan diperoleh melalui ruang Q & A






Pray room ini dikunci tapi ada telefon di sebelahnya untuk kita memberitahu berapa lama kita akan menggunakan bilik ini. Memang sukar pada mulanya kerana operator menjawab bahasa Jepun, dua tiga kali mendail, jawapan masih sama walaupun kita berbahasa Inggeris. Akhirnya minta bantuan polis yang ada di situ. Walaupun dia tidak fasih berbahasa Inggeris  tapi tetap membantu.


Apabila pintu dibuka, Wah! Lengkap suraunya siap ada telekung, sejadah, kitab dan kopiah untuk kegunaan orang ramai. Cuma tiada arah kiblat dan tempat wuduk. Tidak sempat membelek kemudahan yang disediakan kerana sudah memberitahu operator akan menggunakan bilik ini selama 15 minit. Risau juga bila terkunci sendiri nanti. Paranoid. 

Tips perjalanan: 
Bawa kompas untuk kemudahan solat di mana-mana sahaja.

Buat rujukan di internet dengan bertanyakan soalan sama ada disediakan bilik untuk solat. Biasanya jawapan akan diperoleh melalui ruang Q & A

 ******************************

Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah dan sertai kelas online borong/runcit telekung solat.

Boleh juga dapatkan telekung solat untuk diri sendiri, berjualan dan hadiahkan kepada orang yang istimewa. Pelbagai telekung solat untuk pilihan anda. 

Hubungi saya: 
E-mel: cikzarinazainal@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-3875070
FB: Zarina Zainal Abidin


















No comments:

Post a Comment