Pengalaman ketika melawat ke Bursa, Turki. Saya dan rakan
solat Zuhur di celah-celah rakyat
tempatan yang memenuhi Masjid Ulucami. Usai solat, mereka saling memandang
rombongan dari Malaysia ini. Terasa
janggal, namun setelah meneliti diri barulah nampak perbezaannya. Hanya kami
sahaja yang memakai telekung. Kami hanya melemparkan senyuman tanda ukhuwah. Istimewa
juga rasanya apabila telekung menjadi pembuka bicara.
Pelbagai jenis telekung kini berada di pasaran. Bukan hanya
satu atau dua harus disimpan, malah harus dibuat stok untuk meminjamkan kepada
tetamu yang datang bertandang. Jom intai-intai sambil memilih telekung yang
memikat hati di Dhuha Borong Telekung Solat.